dramavideos

Terbaik Dariku – Episod 15

37views

Azman menceritakan tentang kebenaran kisah mereka, Azman menjadi seorang yang panas baran dan kaki judi. Dia sering melepaskan kemarahannya apabila kalah judi pada isterinya.

Suatu malam Azman kalah judi dengan teruk. Saat dia balik ke rumah, Nasuha memintanya untuk membeli barangan dapur. Mendengar akan itu, Azman yang telah kehilangan banyak duit di meja judi malam itu seakan dirasuk hantu. Azman memukul isterinya yang sarat mengandung itu, akibatnya Nasuha keguguran. Sejak dari situ isterinya meroyan mahukan anak mereka. Puas di bawa isterinya berubat.

Ketika dalam perjalanannya ke kedai dia ternampak akan dua orang kanak-kanak bermain di taman. Dia terkenang akan usia anaknya jika masih ada pasti sama dengan budak kecil itu. Suatu hari isterinya jadi begitu gila dan mahu bunuh diri, dan ianya menjadi ‘final straw’ bagi Azman dan dia terus ambil keputusan untuk menculik budak yang sering dinampaknya itu.

Dan pada petang itu dia telah menculik budak itu sambil diperhatikan oleh kakaknya yang lebih tua. Budak itu dinamakan Zaharah dan besarkan demi mengubati isterinya yang kemurungan kerana kematian anak mereka. Zaharah menjadi pengganti. Azman sudah ceritakan segalanya dan kini dia mahukan wang pampasannya.

Terbaik Dariku Episod 15

Leave a Response