drama

dramavideos

Terbaik Dariku tv3 | Episod 12

Taufiq ternampak akan Azman dan teringat akan lelaki yang diceritakan oleh isterinya. Terus Taufiq mengekori Azman sampai di sebuah rumah di pinggir Bandar. Dia mendengar suara wanita menangis. Kelihatan Zaharah dikunci di salah satu bilik. Taufiq selamatkan Zaharah. Zaharah berasa pelik kerana selama ini Taufiq tak sukakannya dan juga Saodah. Zaharah yang tidak sanggup diseksa oleh Azman, hanya ikut sahaja langkah Taufiq. Taufik dan Suraya merancang mengadakan kejutan untuk sambutan Hari Lahir Aisyah. Saodah dan Taufiq membawa Zaharah ke majlis itu dengan cubaan untuk gembirakan hati Aisyah yang dia tahu selalu fikirkan tentang Zaharah. Aisyah merasa dirinya ditipu lagi, lebih-lebih lagi dia risau sepenuhnya tentang keadaan Zaharah sedangkan Zaharah berada dengan mertua dan madunya. Aisyah sangat marah dengan kejutan itu. Pada majlis itu, juga Aisyah pengsan dan dibawa ke hospital.
1 2
Page 2 of 2